Selasa, 25 Januari 2011

setelah hati terluka

IPOH, PERAK terlalu banyak kenangan yang Amer Ryan tinggalkan di sini. Kenangan yang manis dan jua kenangan yang pahit untuk dia kenangi. Segala-galanya telahpun terkumpul, dan seolah-olah memukul jiwanya. Kalau di ikutkan hati tak ingin dia pulang ke situ lagi.
Tapi, mama dan abangnya masih disini. Abangnya itu, seolah-olah mayat hidup. Bertahun-tahun dia cuba memujuk mama dan abangnya berpindah ke Kuala Lumpur bersamanya. Amer Ryan sudah tidak sanggup melihat abangnya menghukum diri sendiri. Dia tidak bersalah. Semuanya sudah ketetapan ILAHI.
“Wan tak suka papa paksa wan macam nie. Wan nak ikut pilihan Wan sendiri. Wan tetap sukakan seni, bukannya bussines macam papa.” Amer Ryan akui, abangnya itu mempunyai bakat luar biasa di dalam seni lukisan. Kesemua lukisan yang pernah di lukisnya Nampak hidup. Cantik!
“Ahh….papa tak peduli. Papa nak kau ambil business management. Itu saja, yang lain papa tak nak dengar. Art? Boleh bagi kau makan ke? Kau nak lukis  apa?.” Suara En. Halim kuat. Memecah hening malam rumah banglo itu.

Amer Ryan dan kak Nurin hanya mampu memandang satu sama lain. Masing-masing takut untuk bersuara.
En. Halim memang panas baran. Lagi-lagi kalau kehendaknya tidak dituruti. Mengamuk sakan la dia.
            Sudah satu jam En. Halim memarahi Amer Razwan, mulutnya tidak henti-henti menyuruh anaknya memilih jurusan pilihan hatinya.
Pn. Alia pula hanya mampu terdiam. Sebal dengan sikap anak keduanya yang tidak mahu menurut katanya.
 En. Halim terus melangkah ke pintu utama. Amer Razwan tetap berusaha memujuk ayahnya. Dia mengekori langkah En. Halim.
Sebentar kemudian kedengaran enjin kereta di hidupkan.
Belum sempat kereta itu memecut jauh, satu dentuman kuat kedengaran jelas di telinga mereka.
            “Papa!!.” Amer Razwan menjerit kuat.
Kemudian ke semua di antara mereka bergegas keluar.
Pn. Alia telahpun kaku di situ. Kakinya seolah-olah terikat. Kereta suaminya hancur di jalan depan rumahnya. Dia lihat sebuah lori disitu. Dia masih terkejut. Cepat-cepat Nurin memeluk emaknya. Dia juga rasa terkejut.
            Sementara, Amer Ryan berlari mengejar Amer Razwan yang seperti hilang arah. Dia sendiri melihat kereta papanya dilanggar lori. Kereta papanya sudah hancur! Tapi mana papanya?
“papa dalam kereta!!.”
Amer Razwan terjerit terlolong seperti orang gila. Dia cuba mendapatkan kereta yang hancur di depannya. Amer Ryan menangis semahu-mahunya di situ. Papa!
            Sudah setahun peristiwa itu berlaku. Arwah papanya telah pergi untuk selama-lamanya. Sehari demi sehari keluarga Amer Ryan cuba untuk melupakan peristiwa itu.
Rasanya semua ahli keluarganya dapat menerima keadaan itu. Cuma, Amer Razwan! Sejak dari peristiwa itu, abangnya itu tidak mahu makan. Enggan bercakap dan tidak lagi keluar rumah. Kadang-kadang seharian dia memerap di dalam biliknya. Dirinya sudah tidak terurus lagi.
Dia mahu tinggal di situ seumur hidupnya. Tinggal bersama kenangan arwah papanya. Dia rasa bersalah! Amar Ryan tahu itu, abangnya tidak henti-henti menghukum dirinya. Dia beranggapan dialah punca segala-galanya.

“Abang minum.” Sapaan Qaira mengejutkan Amer Ryan. Qaira meletakkan secawan Nescafe panas di atas meja hadapan suaminya.
Amer Ryan menoleh melihat Qaira yang telah pun duduk disisinya. Amer Ryan mengesat air matanya dengan hujung telunjuknya. Dia sendiri pun tidak tahu bila air mata itu terjatuh.
Amer Ryan menangis? Lelaki yang kaya dengan ego itu menangis? Hairan. Berat sangatkah apa yang sedang dia lalui?
Qaira hanya terdiam. Dia tahu sedari tadi lagi suaminya itu asyik bermenung sahaja. Sejak mereka sampai di rumah banglo putih itu lagi. Suaminya tidak mahu masuk ke rumah. Katanya nak ambil angin luar. Rupanya datang menangis sorang-sorang!
Ada masalahkah? Patutkah aku tanya?

Qaira diam lagi, dia sendiri buntu. Tidak tahu topik apa yang akan menarik perhatian lelaki itu.
Kemudian dia mengusap perutnya. Haa!! Dia tahu apa topik yang sesuai.
            “Abang…”
            “Emm..kenapa?”
Perlahan suara garau di sisinya bertanya. Amer Ryan juga masih tidak menoleh melihat isterinya. Fikirannya masih melayang jauh, melayan hatinya yang walang.
            “Agak-agak abang, nama apa yang sesuai untuk baby kita?.”
            “Qaira nak baby apa? Boy or girl?.” Amer Ryan tidak menjawab, sebalikya mengajukan soalan. Dia nampaknya seperti berminat melayan karenah isterinya yang merengek manja itu.
            “Tak kisah, dua-dua Qaira terima. Abang pulak macam mana?.” Kelihatan Amer Ryan hanya berdiam. Dia menoleh ke arah isterinya. Kemudian menggaru kepala yang tidak gatal. Mukanya mencerminkan sebuah kehampaan. Dia sengaja ingin mengusik Qaira. Kening isterinya terangkat-angkat menanti jawapan.
            Geli hatinya melihat mimik muka Qaira. Resah yang datang tadi terasa hilang. Wajah Qaira sesungguhnya memberikan sebuah ketenangan. Hidupnya bahagia di sisi wanita itu.
            “Kalau ikutkan hati abang, tak mahu anak lagi..abang belum puas berdua dengan Qaira.” Amer Ryan tersengih lebar. Suka melihat muka isterinya yang semakin mencuka itu.
            “Tapi, nak buat macam mana…Qaira dah mengandung.”
Lelaki itu menjuihkan mulutnya ke arah perut isterinya. Kemudian cuba mengusap perut tersebut, tapi ditepis Qaira.
            “Kalau tak nak, Qaira boleh jaga sendiri anak ni.” Qaira bingkas bangun dari duduknya. Dia meluat mendengar kata-kata suaminya. Hiskh! Tak bertanggungjawab langsung. Dia lupa ke, perut ni besar sebab dia?
            Qaira sudah mengatur langkah. Merajuk. Cepat- cepat Amer Ryan mencapai pergelangan tangannya. Dia merangkul pinggang isterinya. Terasa damai.
“Abang hanya bergurau. Abang nak tebus kesilapan abang. Kita mula hidup baru dengan baby ni sayang?.” Qaira mengangguk.  Kelopak matanya sudah pun basah.
            Sejak suaminya menyedari dia berbadan dua, lelaki itu telah jauh berubah. Menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. Amer Ryan lebih banyak bersabar dengan karenah Qaira yang semakin sensitif itu. Alhamdulillah. Qaira benar-benar bersyukur ke hadrat ALLAH.


Tadi setelah selesai makan malam, Qaira mengutip pinggan-pinggan kotor. Dilonggokkannya di dalam sinki. Kelihatan Nurin datang dengan tergopoh-gopoh.
“Ya ALLAH Qaira, kan kak long dah pesan tadi, tinggalkan pinggan-pinggan ni semua di sini. Sudah, Qaira pergi rehat ok. Kak long boleh buat sorang-sorang.” Bebel Nurin tatkala melihat adik iparnya masih mengutip pinggan-pinggan kotor di atas meja makan.
            Bukan Qaira tidak dengar, Cuma dia yang berdegil nak buat semua kerja itu. Bukan tak ada pembantu rumah, Cuma kata Pn. Alia , pembantu rumahnya minta cuti kecemasan. Mungkin anaknya sakit.
            “Kak long, Alfin dah tidur ke?.” soal Qaira sambil kepalanya terjengah-jengah melihat bayangan budak kecil itu, kemungkinan belum tidur.
“Ada dengan abang long kau. Qaira, suami kau mana?.” Nurin, melangkah mendekati Qaira. Ditarik kerusi di sebelah Qaira. Kemudian duduk, anak matanya memandang mata hitam Qaira. Menanti jawapan.
“Abang pergi rumah Daud katanya. Qaira tak kenal, tapi dia kata kawan sewaktu sekolah dulu. Mungkin kak long kenal kawan abang yang itu?.”
“Ohh, Daud…mesti lah kenal. Dulu bapaknya bekerja dengan arwah papa. Tapi semenjak arwah papa meninggal, bapaknya berhenti kerja. Entahlah, tapi mama tak mahu memaksa jadi mama izinkan bapaknya berhenti bekerja. Sejak dari tu, kak long dah tak jumpa Daud..mungkin Ryan masih masih berhubung lagi. Yang tu kak long tak tahu. Ujar Nurin panjang lebar sambil mengulum senyuman.
“Cakap pasal siapa ni?.” Soal Pn. Alia sebaik melangkah masuk ke ruang dapur.
“Saja mama, borak-borak kosong.” Nurin serta Qaira tersenyum. Pn. Alia terus mengorak langkah ke sinki. Pinggan yang berada ditangan di letakkan di tempat mengeringkan pinggan. Air yang dibiarkan terbuka tadi, ditutup semula. Pn. Alia menoleh ke arah kedua-dua perempuan yang dibelakanginya tadi.
“Macam mana dengan angah ma? Tadi dia makan ke?.” tanya Nurin.
“Adik kau tu biasa la, makan sekadar untuk hidup je.” Suara mamanya berbaur hampa. Dia seolah-olah telah berputus asa. Hati emak mana tidak sedih, melihat anak sendiri menghukum diri bertahun-tahun lamanya.


            “Qaira, bangun sayang dah pukul 6.30 pagi.” Suara Amer Ryan perlahan. Dia menggongcang lembut bahu isterinya.
Qaira membuka kelopak mata yang dirasakan terlalu berat. “Terima kasih kejutkan Qaira.” Ucap Qaira. Lantas dia bangun, kemudian melangkah sambil menyentap tuala yang tersidai di sisi dinding dan terus ke bilik air.
            “Abang...” Qaira mengeluh kecil. Dia baru sahaja selesai bersembahyang subuh. Amer Ryan masih lagi berselimut. Itulah satu-satunya kekurangan suaminya. Tidak bersembahyang!
Sudah berkali-kali dia menasihati Amer Ryan, alih-alih jawapan yang sama juga lelaki itu berikan.
            “Abang belum bersedia Qaira. Nantilah bila dah sampai seru abang sembahyang ya.”

Jawapan itulah yang selalu buat Qaira hampa. Kesal dengan sikap Amer Ryan yang satu.

Setelah bersarapan tadi, Amer Ryan membuat keputusan untuk menjenguk Amer Razwan. Sudah lama tidak bertentang mata. Dia akui rindu pada gelak tawa abangnya yang seorang itu.
            Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik tengah itu. Dijenguknya sedikit ke dalam ruang bilik itu. Katil kosong. Amer Razwan berada di beranda.
            Cepat-cepat Amer Ryan mengatur langkah menuju ke tempat di mana abangnya bermenung.
“Angah tengah buat apa ni?.” Sapa Amer Ryan lembut. dia menepuk perlahan bahu abangnya. Rasa rindu mula bertamu.
            Dia merenung wajah kurus abangnya. Lelaki itu masih tetap berdiam. Matanya masih merenung langit biru.
            “Bila ucu balik?.”
            “Semalam.” Jawab Amer Ryan ringkas. Sebenarnya dia mengharapkan abangnya bertutur lebih dari itu. Tapi, dia rasa hampa. Amer Razwan masih sakit. Kenapa dia mesti menghukum dirinya?
            “Itu isteri engkau?.”
            “Mana?.” Amer Ryan mengjenguk sedikit, melihat ke luar. Beranda itu betul-betul menghala ke taman mini banglo itu. Dilihatnya, Qaira sedang bergelak tawa dengan mamanya. Nurin dan abang Hariz juga ada di situ. Dia sempat melihat, Alfin sibuk bermain di tepi mereka.
            “Angah nak pergi taman?.” Amer Ryan tidak menjawab sebaliknya menyoal abangnya. Amer Razwan kelihatan seperti berminat untuk ke sana.
            Sengaja juga dia memancing, biar abangnya melihat dunia luar. Jadi tidaklah asyik terperap sahaja di dalam bilik kecil itu.
Kata doktor Zirul, abangnya itu mengalami tekanan jiwa. Dia tidak akan mengundang bahaya kepada sesiapa pun kerana hati dan permikirannya telah pun menjadi satu, iaitu dia terlalu menyesal dengan kisah pahit itu.
Selanjutnya, doktor Zirul juga mengatakan, Amer Razwan terasa tersiksa. Dan jalan penyelesaiannya, lelaki itu haruslah berkongsi perasaan dukanya dengan seseorang.
Tetapi, abangnya itu lebih memendam perasaan itu sendiri. Dia lebih suka memencilkan diri. Lansung tidak mahu bercakap.
“Tak apalah, angah lebih selesa memerhatikan mereka dari sini.” Balas Amer Razwan tenang.
“kalau begitu, ucu keluar dulu. Kalau angah perlukan apa-apa panggil ucu saja.” Ujar Amer Ryan sambil mula hendak melangkah keluar.



            Sudah seminggu mereka di Ipoh. Awal-awal pagi lagi mereka sudah siap untuk bertolak ke KL.
Pn.Alia beria-ria menyuruh mereka tinggal untuk seminggu lagi. Tapi, dia terpaksa akur apabila Amer Ryan menjelaskan tentang kerja yang perlu dia bereskan di KL.
Penat. Hanya itu yang dapat digambarkan oleh  pasangan suami isteri itu.
            Amer Ryan menghempas punggung di atas sofa. Dia cuba mengstabilkan nafas yang turun naik itu. Habis lenguh kakinya menekan pedal minyak kereta. Dari Ipoh sampailah ke Kula Lumpur, tak henti-henti.
            Kelihatan, Qaira datang sambil membawa segelas air. Dia tahu suaminya pasti penat.
            “Abang nah, minum dulu..biar lega sikit penat tu.” Qaira menghulurkan gelas air kepada Amer Ryan. Tumpah simpatinya melihat wajah suaminya yang kepenatan.
            “Qaira dah minum?.” Tanya Amer Ryan.
            “tak apalah, abang minum dulu.” Matanya masih memandang suaminya. Tidak berkelip-kelip.
Dalam sekelip mata sahaja, air itu telah habis berlalu di kerongkong Amer Ryan. Dahaga benar dia. Bisik hatinya.


            Amer Ryan mencapai remote control di atas TV. Qaira hanya memandang sambil melipat pakaian yang baru di keluarkan dari beg yang dibawa pulang tadi.
            Rumah itu terasa begitu sunyi, selalunya Alfinlah yang akan paling banyak bersuara. Tapi, kini hanya tinggal mereka berdua. Ya berdua.
            Amer Ryan sibuk menekan remote control di tangannya. Mencari siaran yang lebih menarik perhatiannya. Qaira hanya menggeleng kemudian tersenyum melihat telatah suaminya. Macam budak-budak.
            “Ishh..abang cubalah tengok satu-satu, ini tak sekejap yang ini, sekejap yang itu. Peninglah Qaira tengok abang ni. Tolong Qaira lipat baju pun ada jugak faedahnya.”
Amer Ryan menoleh kepada isterinya dengan wajah yang menahan gelak. Dia geli hati dengan kata-kata
Qaira.
            TV di depan telah pun di off. Dia turun bersila menghadap isterinya. Amer Ryan meraba-raba ke dalam beg pakaian di sebelah Qaira.
“Abang cari apa?”
“Baju kesayangan abanglah.” Amer Ryan menjawab selamba. Tangannya masih tercari-cari baju yang di maksudkan.
            “Yang ini ke?.” Qaira mencapai sehelai baju di sebelahnya. T-Shirt berkolar berwarna merah hati di genggamnya. Setahu Qaira, T-Shirt itulah yang paling suaminya sayang. Kata Amer Ryan pemberian arwah papanya.
 Amer Ryan menggeleng.
Amer Ryan tersengih-sengih. Tangan yang teraba-raba tadi mula berhenti. Dia mengangkat baju yang dipegangnya.
            “Ni lah baju yang abang cari.”
 “Amboi..gatalnya. nak sangat kan..nah ambik ni.”
“Aduhh!..sakit la sayang. Nah ambil la.’ Amer Ryan mencabar.
Qaira mencubit paha Amer Ryan. Geram bila melihat baju yang dimaksudkan suaminya adalah ‘baju kecilnya’.
Sebenarnya dia merasa malu, tapi sengaja dia mencubit suaminya agar malu yang terasa tidak ketara nampaknya. Qaira cuba mengambil ‘baju kecilnya’ dari tangan suaminya. Tetapi terjatuh apabila cuba mencapai tangan Amer Ryan yang agak jauh darinya.
            Amer Ryan menarik Qaira jatuh di ribanya.
“kejaplah, abang nak bermanja pun tak boleh.” Rengek Amer Ryan lembut menembusi corong telinga Qiara. Qaira cuba bangun, tapi pinggangnya telah pun dirangkul kemas oleh suaminya.
Rambut Qaira, dielusnya perlahan. Lelaki itu menolak sedikit rambut Qaira agar menampakkan leher isterinya. Diciumnya beberapa kali leher itu. Dia rasakan cintanya bertambah-tambah.
Qaira hanya membiarkan. Seketika kemudian, Qaira memusingkan badannya menghadap Amer Ryan. Qaira mengucup kening suaminya. Sayangnya pada lelaki itu juga bertambah. Dia tetap rindukan Amer Ryan walaupun hakikatnya lelaki itu sedang berada di depannya. Ikhlaskah cinta Amer Ryan padanya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan