2
“TAHNIAH!!!..”Amer Ryan hanya tersengih apabila menerima ucapan itu. Jika dihitung sudah beberapa kali dia menerima ucapan itu dari rakan-rakan seperjuangannya.
“Tak nak belanja I ke?” Amer Ryan menoleh ke belakang. Suara itu sangat dikenalinya.
“Fara!”
Perempuan kacukan cina itu menghampirinya. Mata Amer Ryan tidak berkelip-kelip. Tidak puas rasanya memandang tubuh tinggi lampai itu. Cantik!!
“Rindukan I ke?” Farah menyindirnya.
“ opss!!..” Amer Ryan berpura-pura menutup matanya. Tersengih gatal.
“Em…I Cuma tertunggu-tunggu ucapan tahniah dari bibir you yang cantik itu.” Telunjuknya menghala kearah bibir merah Farah. Sempat lagi dia berseloroh. Kelihatan Farah makin dekat menghampiri Amer Ryan.
Chupppp!!!!
Satu ciuman lekat di pipi lelaki itu. Farah ketawa melihat gelagat Amer Ryan. Pipinya serta-merta merah. Dia Cuma tidak menduga, Farah menciumnya di khalayak ramai.
“Jom!!!” Amer Ryan mencapai tangan Farah. Perempuan seksi itu hanya mengikut lelaki itu menapak ke lif.
“I mati-mati ingat Ikram yang akan dapat tender itu.” Farah bersuara. Dia meletakkan tas tangannya di atas kerusi yang lain, bersebelahannya.
“ Why? You rasa I tak layak ke? I tak mampu nak buat semua kerja itu??...atau you pun nak jadi macam yang lain? Jelous??..” bidas Amer Ryan.
Hatinya rasa bagai ditumbuk-tumbuk sebaik sahaja mendengar bait-bait ayat itu keluar dari mulut Farah. Apa ? ingat aku ini bodoh sangat? Desis hatinya. Geram.
Farah melemparkan senyuman buat pelayan wanita yang mengambil pesanan mereka tadi.
”I tak bermaksud begitu, Ryan”
“So?”
“I sedar, I ini baru lagi dalam bidang business penghotelan ini…So tak hairan lah kalau you all tak berpuas hati.”
“Ala..you ni, cepat sangat terasa hati..K! I’m sory..”
“Takkan sory sahaja? Apa lagi belanja lah…” Farah hanya tersenyum.
“Alamak!!!...purse I tertinggal..”
Farah memuncungkan mulut, setelah berpura-pura mencari. Manakala Amer Ryan tersenyum, faham dengan sikap rakannya itu.
“ Ye lah, ye lah…kali ini I belanja you.” Amer Ryan beralah, sambil menguntum senyuman.
MALAM INI BULAN PENUH, cantik. Qaira masih berada di balkoni biliknya.Sememangnya keadaan agak dingin, tapi memerhatikan keindahan alam di malam itu,membuat Qaira terlupa sebentar tentang kesejukkan tersebut.
Dia hanya membaluti dirinya dengan sehelai T-Shirt biru dan juga kain batik. Alfin pula telah lama dibuai mimpi. Tadi, selesai sahaja Qaira solat maghrib, Alfin datang.
“Mak Ucu, Alfin lapar la.” Budak itu merengek manja. Segera Qaira melipatkan kain telekungnya dan kemudian menyidai di tempat biasa.
Dia turun menyiapkan makan malam Alfin. Qaira sudah terbiasa, setiap malam makan malam mereka hanya berdua. Tanpa Amer Ryan menemani. Katanya, sibuk!!
Qaira menyedari gate utama banglo itu dibuka.Dia cepat-cepat berlari menuruni anak tangga. Dia tidak mahu lelaki itu bertekak dengannya lagi. Malas.
“ Awal abang balik..!” Qaira menyapa lembut. Tadi sewaktu berlari kearah pintu sempat lagi dia menjeling kearah jam yang melekat di dinding.
Baru pukul 11.00 malam. Malam masih muda rupanya, dia yang tidak perasan. Ralit memandang keindahan bulan nun jauh di langit.Terang sugguh cahayanya yang menyuluh bumi ini.
Sebenarnya dia rasa hairan, tak pernah-pernah suaminya balik awal. Tapi..malam ini.. ishk..pelik!! takkan rindu aku?? Qaira tergelak kecil.
“ Aku balik lambat kau tanya … awal pun, kau tanya juga?” Amer Ryan bingung.
Malas dia melayan karenah Qaira. Rimas. Lelaki itu hanya meneruskan langkah kakinya. Perlahan-lahan menuju ke tingkas atas rumah.
“ Bawakan aku, susu panas” laungannya kuat. Terasa bagai seisi rumah mendengarnya. Qaira hanya mengangguk lemah.
“Abang…” Qaira menghulurkan segelas susu kepada suaminya. Amer Ryan mencapainya, lalu diteguk perlahan-lahan. Sekali sekala dia mencuri pandang tubuh Qaira. Menawan!!!..
Setelah susu itu habis diteguknya, dia menghulurkan kembali gelas kaca itu kepada Qaira.
“Qaira, nak turun sekejap.” Gelas yang dihulurkan suaminya sebentar tadi dipegangnya rapi.
Sebenarnya hatinya gementar, gelisah, dan bermacam lagi. Semuanya kini bercampur menjadi satu. Huh!! Haru biru…badan Qaira terasa seram sejuk. Kenapa??
Sedari tadi, suaminya tidak putus-putus memandangnya. Sekejap di atas, sekejap pula di bawah. Seingat Qaira, pada hari pertama pernikahan mereka lagi,Amer Ryan telah pun berjanji tidak akan menyentuhnya. Paling dia tersentak dengan kata-kata lelaki itu.
Penghinaan itu buat Qaira terasa marah. Geram dengan kejijikan lelaki itu terhadap dirinya. Pantang sekali dia, jikalau orang menghina dirinya.
Bukannya dia terhegeh-hegeh hendak berkahwin dengan lelaki itu Cuma, Pn. Alia yang bersungguh-sungguh menyuruhnya menjadi menantu keluarga berada itu.
“ Tolonglah Qaira, auntie berharap sangat Qaira sudi menerima pinangan ini.”
Waktu itu, hati kecilnya memang tidak keruan. Kalau diterima, batang hidung bakal suaminya pun tidak pernah dia tengok. Kalau tidak….em, lagi runsing!!
Melalui perkahwinan inikah aku dapat membalasnya? Bisik Qaira sendirian.
Terlalu banyak budi Pn. Alia terhadapnya. Sehingga rasa tidak terbalas semua itu. Tidak mungkin dia lupa diri, kalau tidak kerana Pn. Alia tentu dia sudah jauh ketinggalan di dunia serba berteknologi ini.
Pn. Alia lah yang membiayai semua kos sara hidupnya sewaktu belajar dahulu.
Tapi..akhirnya segenggam ijazah itu..tetap tidak berguna. Suaminya itu terlalu mengongkong hidupnya. Sampaikan Qaira ingin bekerja pun, tidak diizinkannya.
Senyuman yang terukir di bibir nipis Amer Ryan membawa maksud tersirat. Nakal. Janji kepada Rosie satu tika dulu telah lama hilang. Nafsu lelakinya meluap-luap. Ya!!..dia benar-benar sayangkan Rosie.
Tapi..Qaira, perempuan ini selalu membuat dirinya hilang arah. Sebenarnya, sejak hari pertama dia bergelar suami kepada Qaira lagi, Amer Ryan terpikat dengan wajah suci isterinya itu. Cuma dia yang tidak mengakuinya. Kulitnya begitu halus. Geram dibuatnya!!
“ sayang…” Qaira hanya senyum tawar. Panggilan suaminya tadi betul-betul menggelikan. Loya anak tekaknya mendengar. Sayang?
Resah dihati makin menjadi-jadi. Belum sempat Qaira mengatur langkah, Amer Ryan lebih pantas menyambar bahunya.
Kemudian perlahan-lahan lelaki itu merangkul pinggang Qaira. Perlahan. Dibelainya rambut perempuan itu. Sekali sekala dia mencium haruman rambut lurus wanita itu.
“wangi..” Bisik hatinya. Kelihatan Qaira hanya terdiam membisu. Suaranya tersekat. Lemah rasanya untuk dikeluarkan. Dia keliru. Dia sendiri tidak pasti samada merelakan dirinya diperlakukan begitu ataupun tidak.
Amer Ryan bahagia melayan nafsu gilanya. Berulang kali dia mencium leher jinjang Qaira Aleesa. Tangannya itu sudah tidak membelai rambut Qaira.
Bahkan, ia mula merayap ke tempat lain. Tempat yang lebih berharga. Mata Qaira membulat. Ditepisnya tangan suaminya itu.
“ Abang..Qaira, nak pergi simpan gelas”Qaira mencari helah. Dia cuba melonggarkan pelukkan Amer Ryan. Rimas.
“ Letak sahaja di situ..” Amer Ryan memuncungkan bibirnya kearah sebuah meja di kamar mereka.
“Em..Qaira ingat nak jenguk-jenguk Alfin juga.” Otaknya ligat mencari alasan yang baru.
“Kan abang dah cakap, letak sahaja gelas disitu.” Amer Ryan cuba mengambil gelas itu. Kasar. Tetapi Qaira enggan melepaskannya. Malas hendak melayan kehendak suaminya. Memang berdosa, tapi…..
“ Qaira!!!”
Entahlah, Qaira sendiri tidak pasti bagaimana gelas ditangannya boleh terjatuh. Matanya memandang gelas kaca yang telah berkecai itu. Dia panik.
“Haa…tengoklah apa yang dah jadi! “ Amer Ryan menunjuk telunjuknya kearah taburan kaca gelas tadi. Sakit hatinya melihat Qaira.
“Tak pernah nak buat kerja dengan betul”
“Qaira…min..min…ta..tak..ma….ma..af abang.” Suaranya tersekat.
“Kau ingat, dengan minta maaf kau itu..aku dapat balik gelas tadi??” tingkah suaminya.
Suara Amer Ryan kasar. Panggilan sayang tadi juga telah tiada. Hilang bersama kemarahan lelaki itu.
Perlahan-lahan Qaira tunduk, mengutip serpihan kaca.
“ Bodoh!!!”
Amer Ryan jadi bengang. Dia berlalu pergi, meninggalkan Qaira yang masih terkulat-kulat disitu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan