3
DI TENGAH kedinginan pagi, Qaira Aleesa tersedar dari mimpinya. Dia kelihatannya seperti sangat takut. Mukanya pucat. Astagafirullahalazim..perlahan Qaira ucapkan.
Dia bergerak turun dari katilnya. Ditolehnya seketika. Disisinya , suaminya masih nyenyak dibuai mimpi.
Seterusnya, dia menggapai pula jam loceng di sebelahnya. “6.00 pagi” Qaira mendesah halus. Dia mengatur langkah perlahan, menuju ke bilik air. Tuala putih yang tersidai kemas, diragutnya lembut.
“Ya Allah..jika aku gagal menjadi seorang isteri yang baik adalah kerana kelemahanku, maka Kau ampunilah hamba-Mu ini. Berikanlah aku petunjuk-Mu, Kau berikanlah aku kesabaran dalam menghadapi dugaan-Mu, kabulkanlah doaku. Amin.”
Air matanya yang mengalir diseka perlahan. Sedu-sedannya jua masih belum terhenti. Jauh di hatinya dia amat berharap, agar Allah membuka pintu hati suaminya. Selama 5 bulan berkahwin, tidak pernah sekalipun, dia melihat Amer Ryan bersolat.
Pernah juga dia menegur sikap suaminya itu. Bukan ucapan terima kasih yang diterimanya, sebaliknya maki hamun yang Amer Ryan berikan. Tidak cukup dengan itu, sepak terajang juga Amer Ryan sanggup lakukan.
Masih lagi kukuh di ingatannya, seminggu sebelum perkahwinannya, Amer Ryan bermati-matian mengelak dari disandingkan dengannya. Mujurlah Pn. Alia yang memujuknya.
Kata Amer Ryan, “ Kalau diikutkan hati, nak pandang muka kau pun aku tak mahu. Jijik.”
Waktu itu Qaira hanya terdiam sahaja. Hatinya rasa berdarah. Dia sedar, dia hanyalah anak yatim piatu. Tapi, entah mengapa ibu mertuanya itu begitu beria-ria menjodohkan mereka. Hairan.!
Pada suaminya, Qaira itu seorang perempuan yang kotor. Sepatutnya, seorang suami itulah yang seharusnya menjaga maruah dirinya sebagai seorang isteri..tapi, bukan begitu pada Amer Ryan. Dia malah mempersoalkan asal usul Qaira. Tidak cukup dengan itu, lelaki itu sering juga mengherdik isterinya itu. Setiap kali Qaira mengenangkannya, tanpa dipaksa air matanya mengalir sendiri. Laju, membasah pipi wanita itu.
Lama juga dia bermenung, bila sahaja tersedar dia menoleh melihat jam yang berdiri kemas di atas meja.
“ 6.45 pagi?!!!” tingkahnya sendiri.
Dia segera melondehkan kain telekungnya. Hatinya berdebar-debar. Cepat-cepat berlari ke tingkat bawah,ke dapur. Tangga-tangga kecil langsung tidak dipedulikannya. Apalagi keselamatan dirinya, langsung dilupakannya.
Qaira mempercepatkan langkah kakinya,menuju ke ruang dapur. Cepar-cepat dia membasuh tangan. Hampir-hampir sahaja dia terlupa untuk berselawat.
Sebaik siap semua bahan yang diperlukan,
“ Mana pulak aku simpan garam? “ ngomelnya sendirian.
“Haa....situ rupanya kau sembunyi!” dia bersuara lagi, dan kali ini Qaira cuba mencapai balang garam tersebut. Tinggi, tapi dia tetap mencuba.
“Haa…dapat pun..” senyumannya terukir. Dibukanya tudung yang menutupi garam. Sedikit demi sedikit dia meletakkan garam di dalam mee yang digorengnya itu.
“ Mak Ucu!!!” Qaira menoleh. Dia cuba mengamati suara itu.
“Mak Ucu!!!” Qaira buntu. Alfin memanggilnya? Meraung.
“Takut agaknya…” Qaira menduga. Dia memperlahankan api. Kemudian melangkah menuju ke kamar Alfin. Dilihatnya budak kecil itu tertiarap di atas lantai.
“ Ya Allah..Alfin!!!....kenapa ni sayang?” Qaira pantas berlari mendapatkan Alfin. Dipangkunya budak kecil itu diribanya.
“Shhh…sudah jangan menangis sayang, Mak Ucu ada..”
“ Alfin jatuh,..sakit…” Rengek budak kecil itu.
“Ada apa ni, Qaira?” tiba-tiba sahaja Amer Ryan muncul di muka pintu. Dia kemudiannya mendapatkan Alfin.
“kenapa sayang?” Amer Ryan menyoal Alfin. Lembut. tidak seperti bahasanya buat Qaira.
“Alfin jatuh abang” Qaira menjawab soalan itu. Qaira hanya tertunduk. Sekilas lelaki itu menghantar jelingan maut. Huh…gerun!!
“Kau dah sediakan sarapan aku belum?” suaminya menyoal. Mukanya masih tetap sama. Keruh.
“Ya Allah!!!..” Qaira menyerahkan Alfin di pangkuan Amer Ryan. Dia tidak memperdulikan lagi soal amarah suaminya. Dia bergegas lari ke dapur.
“Alhamdulillah” ucapnya lega.
“Sudah letak garam ke belum ni? Alahai waktu-waktu macam ni la aku nak lupa pulak. Em…” Qaira, keliru.
Dia cuba mengingat semula. Ahh…aku tak ingat!! Diambilnya garam di dalam balang tadi, dan dimasukkan sekali lagi.
“Qaira!!!” Amer Ryan berteriak.
“Kejap lagi aku turun makan, so kau hidang cepat-cepat sikit” kata-katanya diteruskan.
“ Hmm..sedapnya bau….” Amer Ryan menghirup bau masakan mee goreng itu. Terasa perutnya menjerit-jerit minta di isi.
Pantas dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu di situ. Seleranya bertambah lagi apabila terlihat pudding jagung kegemarannya turut disediakan. Briefcasenya diletakkan di sebelah kerusi yang lain.
Qaira menghulurkannya sepinggan mee goreng. “ Alfin mana abang?”Qaira menyoal.
“Ada dekat atas, aku biar dia tidur balik” Amer Ryan menarik garpu di bekas yang sedia ada di situ. Satu suapan masuk ke mulutnya. Untuk seketika, Qaira hanya berdiri memandang perbuatan suaminya.
Sememangnya itulah yang dilakukannya setiap hari. Dia hanya boleh menjamah makanan setelah suaminya itu selesai makan. Bagi Ryan, Qaira tidak layak makan bersamanya.
Katanya Qaira itu anak haram. Jijik untuk makan bersamanya.
Tanpa diduga, Amer Ryan meluahkan semula mee goreng yang disuapnya tadi.
“Kenapa abang?”
“Kau nak bunuh aku ke? !!!” Sergah Amer Ryan. Qaira terkesima.
“Kau tanya aku kenapa kan?..sekarang kau sendiri rasa masakan bodoh kau ini..” Amer Ryan menarik rambut isterinya. Ditolak-tolaknya kepala Qaira ke arah pinggan mee tadi.
Dia rasa begitu marah. Mati-mati dia menyangka Qaira sengaja mempermainkannya.
“ Abang, jangan buat Qaira macam ni..” Rayu Qaira. Mohon simpati dari suaminya. Namun tidak bagi lelaki itu, dia hanya tidak mengendahkannya. Hati lelaki itu benar-benar telah buta. Dikawal oleh amarah sendiri.
“sakit?.” Amer Ryan pura-pura tidak faham. Dia mengancing giginya. Rasa marah masih merajai jiwanya.
“ Sekarang kau dah tahu mee goreng kau tu sedap atau tak…hey!! Dengar baik-baik..kau ingat aku takut nak bunuh kau??!!!..perempuan tak sedar diri, tak tahu malu..kau tu patut bersyukur, mama aku kutip kau.
Yang aku hairan macam mana perempuan hina macam kau ni, disanjung mama aku?.” Amer Ryan menggenggam jari.
Kalau diikutkan hatinya, boleh lebam mata Qaira, tapi ditahannya. Ditolaknya beberapa kali badan Qaira yang semakin lemah itu. Qaira hanya teresak-esak menahan tangis.
Kepalanya berdarah. Mungkin disebabkan hantukkan yang kuat sebentar tadi. Namun itu semua tidak dihiraukannya, dia lebih merasa terluka.
Hatinya rasa berdarah oleh kata-kata suaminya itu. Sampai hati Amer Ryan!!!
“Uhukk…. Uhukkhh….” Batuknya dari sehari ke sehari makin menjadi-jadi. Namun dia cuma tidak mengendahkannya.
“Abang Akif kau dah pulang ke belum, Mizzan?.” Soal Mak Limah kepada anak bongsunya.
“ Belum lagi mak.” Balas Damizzan, menjawab pertanyaan Mak Limah.
“ Haa..itupun abang Akif dah pulang mak..” Damizzan bangun, berlari mendapatkan abangnya. Akif memeluk tubuh adiknya, dan kemudian menghadiahi senyuman kepada Mak Limah.
“Nah!!.” Akif menghulurkan sebuku roti kepada adiknya, sebaik sahaja pelukkan mereka terurai.
“Kau belikan apa lagi untuk si Mizzan tu? Mak tengok kau ni suka sangat manjakan dia, nanti di pijaknya kepala baru nak menyesal.” Ujar Mak Limah setelah Akif duduk disebelahnya.
“Ala, cuma roti sahaja mak.” Jawab Akif ringkas.
“ Mak, Akif ingat nak cari kerja dekat Kuala Lumpur. Kelmarin, Rauh ada ajak Akif pergi ikut dia. Dia pun nak cari kerja jugak mak. Boleh tak Akif pergi?.” Adam menduga.
Perhatiannya ditumpukan kepada Mak Limah yang sedang terbaring.
“ Kenapa nak pergi kerja dekat sana?.” Mak Limah tidak menjawab, sebaliknya mengajukan soalan kepada anaknya.
“Adam, nak cari duit untuk ubat mak dan jugak pelajaran Damizzan.” Pandangannya menghala ke luar tingkap.
“Bila Rauh nak pergi?.”
“Katanya lusa, sebab tu Akif nak tanya mak dulu.”
“Akif, hidup mak ni tak lama..mak cuma berharap saat-saat akhir mak ini,Akif dan Mizzan ada disisi mak sahaja..itupun dah cukup untuk buat mak bahagia.”
“Mak, janganlah cakap macam tu. Penyakit mak perlukan duit untuk pulih. Akif risaukan mak. Akif perlu kerja..tolonglah mak, izinkan Akif pergi.” Pandangannya ditoleh semula kearah Mak Limah.
Uhukkh…uhukkhh..batuknya datang semula. Kali ini lebih teruk dari tadi.
“Mizzan! Cepat tolong ambilkan air kosong untuk mak.” Suara Akif lantang. Seketika kemudian, lantai papan itu bergegar-gegar, kelihatan Damizzan berlari-lari menghampiri mereka sambil memegang segelas air kosong bersamanya.
“Minum perlahan-lahan mak..” Akif sebak.
Dia buntu dengan dirinya sendiri. Apa sebenarnya yang harus dia buat? Tinggalkan kampung? Tapi, bagaimana dengan emaknya? Damizzan?..pelbagai soalan menusuk benaknya. Ya ALLAH, bantulah hamba-Mu ini.
“ Akif, jangan tinggalkan mak.” Sayu suara Mak Limah. Dia meraih tangan anak terunanya itu. Dari raut wajah tuanya Akif yakin emaknya tidak mengizinkan pemergiannya. Hampir-hampir air matanya jatuh, tapi dia harus kuat!!
“Baiklah mak, Akif tak pergi.” Suara Akif perlahan. Damizzan yang berada di situ hanya mampu memerhatikan mereka.
Dia juga turut merasa sebak, tapi usianya baru 17 tahun. Dia masih ingat, dia pernah menyuarakan hasrat hatinya untuk berhenti dari belajar.
Dia kasihan melihat abangnya bertungkus lumus mencari duit.
“ Abang, Mizzan ingat nak berhenti sekolah lah.” Akhirnya hasrat hati yang terbuku terluah juga. Waktu itu dia hanya berdua dengan Akif.
Damizzan tidak mahu emaknya mendengar kata-katanya itu. Dia yakin Mak Limah pasti tidak akan mengizinkannya berbuat demikian.
“Kenapa nak buat macam tu?.” Soal Akif. Lelaki itu tidak memarahi Damizzan, malah dia hanya berlembut. Mukanya Nampak tenang.
“Er…erm…” Damizzan gugup. Tidak terluah kata-katanya.
“Pasal yuran sekolah Mizzan ke? Abang janji abang akan cari duit untuk lunaskannya dalam masa terdekat ok? Sabar ya dik..”
“Bukan sebab tu, tapi Mizzan ingat nak tolong abang bekerja, cari duit untuk ubat mak.” Kata-kata yang tersekat tadi, dipaksa jua untuk terluah.
Sementara Akif, matanya buntang. Terkesima dia sebentar.
Dia tidak tahu, apa yang dia harus rasa sekarang. Marah? atau terharu?
“ Mizzan, abang nak minta satu je… abang nak tengok adik abang berjaya hingga ke menara gading. Dengan itu barulah nasib dan maruah keluarga kita terbela. Masa tu mak dan abah akan turut terasa bangga. Itulah yang sebetulnya untuk Mizzan buat sekarang.
“Boleh?.” Matanya redup memandang Damizzan. Mohon seribu pengertian. Budak lelaki itu hanya mengangguk. Tanda mengerti.
“ Baiklah mak, matahari pun dah tinggi Akif nak pergi jumpa pak cik Yusof. Ada kerja sedikit.” Damizzan baru tersedar dari lamunannya. Suara garau Akif membuatkan dia sedikit terkejut.
Akif meraih tangan emaknya, bersalam kemudian dia mencium tangan tua itu. Pemuda itu mengatur langkah, lalu meninggalkan Mak Limah dan Damizzan di situ.
“ Assalamualaikum, pak cik.” Akif melambai kearah seorang lelaki. Urat-urat di tangannya jelas menunjukkan lelaki itu sudah berusia. Mungkin dalam lingkungan 50-an umurnya.
“Ohh..kau Akif, ada apa?.” Soalnya kepada anak muda itu.
“Akif dengar pak cik tengah cari orang untuk bekerja, betul ke?.”
“Oh, memang betul la apa yang kau dengar itu, tapi rasanya perempuan lebih sesuai.” Jelas pak Yusof kepada Akif. Dia mulai tersedar perubahan muka anak muda itu. Barangkali kecewa.
“Perempuan?.” Suara Akif kendur. Harapannya untuk mendapat kerja terkubur lagi.
“Haa, kalau boleh tu perempuan la, sebab seperti yang kau maklum perempuan tu lebih handal bab-bab masak daripada kaum adam.”
“Jadi kerja sebagai tukang masak la?.” Soal Akif lagi. Muka yang keruh tadi kembali jernih. Terukir senyuman di wajahnya.
“Tentulah, kau kenapa Akif?.” Giliran orang tua itu pula untuk bertanya.
Hairan dia dengan sikap Akif hari ini. Bukan seperti biasa.
“Kalau macam tu, Akif pun boleh masak..kenapa tidak ambil Akif sahaja?.” Akif menduga.
“Ishkk..kau biar betul? Tak pernah aku tengok kau masak dekat mana-mana warung pun, ke kau cuma nak bergurau dengan aku?.”
“Eh, mana ada, Akif tengah serius la. Lagipun pak cik tahu kan, mak Akif tengah sakit perlukan duit untuk berubat. Akif harap sangat pak cik sudi beri peluang dekat Akif untuk mencuba.” Suaranya mendatar, mengharap agar orang tua itu sudi memberi peluang buatnya.
“Baiklah, aku beri satu peluang untuk kau buktikan pada aku. Tapi bagaimana pula kalau kau gagal?.”
“Kalau begitu, saya sendiri akan undur diri.” Akif menjawab ringkas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan