Jumaat, 11 Februari 2011

setelah hati terluka

5



Sudah hampir satu jam Johan menunggu. Handphone di tangan di kerling sekilas.
“Dia ada cakap masuk office pukul berapa?.”
            “Maaf, tapi En. Amer Ryan cuma maklumkan dia masuk office lewat sedikit hari ni. Emm..pukul berapa dia masuk, tak ada pulak dia cakap.” Balas setiausaha Amer Ryan. Dia mulai rasa lemas dengan seribu satu pertanyaan yang keluar dari mulut Johan.
            Johan mendail semula nombor talifon Amer Ryan.
Tak dapat! Dia mengetap bibir. Kalau tidak kerana keperluan penting, sudah lama dia tinggalkan bangunan pejabat itu. Dia juga sudah jemu. Call tak dapat, mesej tak balas. Buat apa? Ke mana Amer Ryan menghilang? Johan mengusap muka. Rasa panas mengalir dalam badannya, walaupun dia kini dalam ruangan berhawa dingin.
           
            “Hanz, apa kau buat dekat office aku?.”
“Apa aku buat? Kau nampak macam aku tengah masak ke? tengah tunggu kau la!.”
            “Tunggu aku? Untuk apa?.”
“Hai, aku dah tak boleh jumpa kau ke?.” nada suara Johan bergetar. Rasa terkilan bila mendengar pertanyaan sebegitu.

            “Bukan itu maksud aku, emm, jomlah kita borak dekat dalam bilik aku..” Amer Ryan meraih bahu Johan, mengajak jalan beriringan bersamanya. Ditepuk sedikit bahu lelaki itu. Johan hanya menurut tanpa berkata apa-apa.

“Duduklah dulu.” Pelawa Amer Ryan setelah menyedari Johan hanya tercegat di belakangnya.
Dia rasa hairan dengan sikap temannya itu. Diam semacam saja, sejak dari tadi lagi. Sensitif pulak tu. Tak macam selalu, dia lah paling bising. Habis semua cerita dia bukak. Kalau Amer Ryan sudah tidak sanggup untuk melayan, pekakkan telinga sajalah.
“Kau kenapa sebenarnya?.” Serius Amer Ryan bertanya. Dia meletakkan briefcase di atas meja dan melangkah ke sofa. Dia duduk  bertentangan dengan kawannya yang nampak begitu kusut itu. Risau jugak melihat kelakuan pelik Johan hari ini.
“Ryan, kau tahukan aku ada masalah dengan family Niza? So, aku nak mintak tolong kau sikit boleh?.”
Soal Johan. Amer Ryan menelan liur. Otaknya ligat berfikir, bagaimana dia harus menolong Johan? Keluarga Niza pun dia tidak pernah berjumpa.

“Tolong? Tolong yang macam mana? Kalau mampu aku tolong, kalau tak aku mintak maaf lah dekat kau.”
“Kau nak tengok aku bahagia kan?.” Amer Ryan mengangguk.
“Macam ni, boleh tak kau tolong uruskan pengangkutan ke Thailand?”
“Thailand? Kau nak buat apa dekat Thailand?.” Kalut Amer Ryan bertanya.
“Aku nak bawak lari Niza, dan kami akan menikah di sana. Boleh la..please tolong aku. Aku dah cinta mati dekat Niza, tapi alih-alih mak dia nak putuskan pertunangan kami. Aku tak nak, Niza nyawa aku.” Ujar Johan geram. Wajah Niza berlegar-legar di ruang matanya.
            “Kau dah berbincang dengan family dia?.”
Johan menggeleng kepala.
            “Hanz. Aku nasihatkan kau bawaklah berbincang dengan family Niza…”
            “Nak bincang apa lagi? Dah puas aku call Niza. Dia tak nak jawab. So, dia yang memaksa aku culik dan bawak dia lari ke Siam. Yang kau ni boleh ke tak tolong aku?.” Soal Johan kasar.
            “Listen, bukan aku tak nak tolong…tapi kau tak kesian ke dekat family dia. Dia orang tepaksa menangung malu tau. Sanggup ke kau buat macam tu?.” Suara Amer Ryan lembut menuturkan nasihatnya. Dia sangat berharap Johan akan mengubah keputusan gilanya itu.
            “sudahlah kalau kau tak nak tolong aku!.”
            “Hanz!...”
Johan beredar pergi dengan hati yang bengkak. Dia rasa benci. Amer Ryan satu-satunya kawan yang dia harapkan tidak mahu menolongnya.
Amer Ryan cuba menahan Johan dari pergi, tetapi temannya itu sudahpun melangkah pergi.
            Amer Ryan rasa bersalah. Dia keliru. Jika dia menolong melestarikan impian Johan…bagaimana pulak dengan keluarga Niza?. Pasti kedua orang tua Niza akan malu besar nanti. Orang kampung pasti akan menyangka bahawa anak mereka lari ikut jantan lain ke Thailand. Ahh!!..tak mungkin hati aku tega berbuat demikian!
            Amer Ryan memejam mata. Pening memikirkan kehendak temannya tadi. Serba salah mencucuk-ccuk tangkai hatinya.



“Nah, gaji Akif untuk bulan ni.” Pak Yusof menghulurkan satu sampul kepada anak muda di hadapannya.
            “Ehh..banyak ni pak cik. Akif tak layak terima duit sebanyak ini.” Akif terkejut apabila membuka sampul di genggamnya. Beberapa keping not ungu yang terselit di dalam sampul itu kelihatan, apabila ditarik Akif.
            Lelaki muda itu mengelap peluh yang terasa mengalir di dahinya. Panas. Rasa terbakar muka apabila lama bermain dengan api di dapur.
“Bulan ni, pak cik dapat untung lebih. Alhamdulillah, rezeki lebih. Jadi pak cik berikan gaji yang lebih sedikit pada Akif. Jangan risaulah, bukan akif seorang saja yang menerima duit lebih, pekerja lain pun dapat.” Terang pak Yusof tenang. Dia tahu sikap anak muda itu. Jujur. Akif hanya mengangguk tanda mengerti.
            “Saya bayar RM200 dahulu ya pakcik.”
Akif mencabut dua keping duit kertas di dalam sampul. Kemudian menghulurkan kepada Pak Yusof. Bola matanya jatuh kepada baki duit yang dipegangnya. Dia senyum hambar.
            Kelihatan Pak Yusof menolak tangan Akif.
“Akif, simpanlah duit ini untuk Akif dulu. Pak cik tahu Akif lebih memerlukannya. Nanti kalau dah betul-betul ada duit baru bayar duit hutang tu.” Kata Pak Yusof perlahan.
Akif terdiam seketika. Hatinya terharu, betapa mulianya hati orang tua ini. Dia seolah-olah dapat membaca isi hati Akif yang meronta-ronta, buntu dengan keadaan dirinya.
“Terima kasih, pak cik.” Pak Yusof hanya mengangguk. Lantas, Pak Yusof mengatur langkah dari tempat itu.
Akif hanya melihat, sehingga bayang-bayang orang tua itu hilang di telan jarak. Dia benar-benar bersyukur  ke hadrat ALLAH.


“Assalamualaikum..”
Akif mencedok sedikit air yang sudah pun tersedia di tepi tangga rumah papan itu, lalu dibasuh kakinya yang kotor. Dia naik ke atas rumah setelah mendengar Mak Limah menjawab salamnya tadi.
            Jelas kedengaran derap kaki Mak Limah yang menghampirinya. Akif menghantar pandangan ke anak mata emaknya.
“Kan mak tak sihat, kenapa bangun? Mak tak boleh banyak bergerak.” Wajah perempuan tua itu hanya menghadiahi senyuman kepada Akif.
            “Mak dah sihat, lagipun kalau asyik tidur sahaja, badan mak rasa lenguh-lenguh. Mak lebih selesa buat kerja.”
Akif  tahu emaknya sudah semakin beransur pulih. Kalau dulu perempuan tua itu langsung tidak mampu nak bergerak, tapi kini dia sudah memberikan reaksi positif.
Akif hanya tersenyum melihat emaknya. Rasa sejuk di hati menatap emaknya itu. Mak, Akif akan lakukan apa sahaja untuk membuat mak sihat dan bahagia. Akif sayang mak!
 Jerit Akif di dalam hatinya. Biarpun Mak Limah langsung tidak mendengarnya. Dia tekad memegang janjinya itu.
“Damizan tak balik lagi ke mak?.” Soal Akif setelah menyedari adiknya masih tidak kelihatan.
“Mak suruh dia pergi kedai tadi. Belikan barang-barang dapur yang sudah habis.”
            “ALLAH!!!.” Akif menepuk dahi. Dia lupa, sudah berminggu-minggu dia tidak menjenguk ceruk dapur rumahnya. Dia langsung tidak teringat tentang barang dapur yang mungkin sudah habis. Kesalnya dia, cuai!
            “Emak maafkan Akif, Akif lupa nak belikan barang-barang dapur.” Sayu suara anak muda itu. Dia rasa berdosa.
“Ehh..tak apalah. Lagipun emak dah suruh Damizan belikan tadi. Guna duit yang Akif bagi minggu lepas,  masih ada banyak lagi..kamu jangan risaulah.”
Akif menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya rasa bersalah tadi berkurang sedikit. Akif menyelup kocek seluarnya. Sekeping wang 100 ringgit diletakkan di tapak tangan Mak Limah. Perempuan tua itu hanya memandang anak sulongnya.
“Mak simpanlah duit ni, Akif tak nak mak beli barang-barang dapur. Kalau barang-barang dapur sudah habis, cakaplah dekat Akif. Nanti akif belikan ya.”
Tiba-tiba, air mata mengalir deras di wajah tua itu. Dia sudah tidak dapat membendungnnya lagi. Terlalu banyak pengorbanan Akif. Dialah akar kekuatan keluarga Mak Limah. Dia sedih kerana anaknya itu terpaksa bekerja keras demi mencari sesuap nasi buat mereka.
Akif turut terkedu melihat emaknya menangis. Dia cuba menahan. Tidak mahu dia Nampak lemah di mata emaknya. Dia harus kuat!
Perlahan-lahan Akif menyeka air mata di pipi emaknya. Dia begitu sayangkan tangan yang membesarkannya itu. Sampai mati dia rela berkorban apa saja demi membuat emak dan adiknya bahagia.
           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan