Jumaat, 14 Januari 2011

setelah hati terluka


4
PINTUNYA DIKETUK beberapa kali. Seketika kemudian pintu tersebut ditolak perlahan-lahan.
“I ganggu ke sayang?.”
“tak adalah, masuklah.” Amer Ryan menjawab ringkas. Pandangan matanya masih tidak beralih.
Suara itu sememangnya sentiasa di hatinya. Sejak awal-awal mereka kenali lagi. Tanpa perlu melihat pun dia sudah dapat meneka gerangan empunya suara. Rosie!!!
            Dia masih ingat, saat pertama kali mereka berjumpa. Waktu itu, dia benar-benar tidak sengaja melanggar Rosie.
“Oppsss..sory, I tak sengaja.”
“It’s OK, but next time tak payah la guna cara ni, dah lapuk la. Dah ketinggalan zaman.” Herdik perempuan itu.         Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan lelaki yang masih terpinga-pinga itu.
            “Waits!!, apa you cakap tadi? Boleh ulang balik tak? I kurang dengar.” Amer Ryan menjerit kuat.
Perempuan yang sedang melangkah itu pun turut menghentikan langkahnya. Terkejut mendengar suara lelaki yang melanggarnya tadi.
“I said, kot ye pun you nak berkenalan dengan I, tak payah la guna cara lapuk.” Rosie menoleh semula. Malas melayan karenah lelaki di depannya itu.
Seketika kemudian, Amer Ryan tergelak besar. Gila!! Apa dia ingat dia tu anak raja. Perasan je lebih. Meluatnya, ingat dia cantik sangat. Huh ramai lagi perempuan cantik yang tergilakan aku la.
            Rosie terkejut dengan tingkah laku lelaki yang baru di temuinya itu. Pelik!
“Hoi!!.. you gelak apa ni? Gila ke? Dah la malas nak layan you. Banyak benda lagi I nak buat.” Rosie ingin pergi, tapi dihalang Amer Ryan.
“Nampaknya cik adik ni dah salah faham. Tadi, I memang tak sengaja nak melanggar you. By the way, I tak pernah nak kenal dengan mana-mana perempuan pun included you!!.”
“Ala mengaku je lah, semua lelaki dekat kolej ni memang gatal pun and included you!!.” Sengaja dia menekan perkataan itu.
Geram dia dengan mamat seorang ni. Perasan je lebih, tapi bila lama-lama ditenung memang hensem pun, fuhh..boleh cair!!“
            “Tahu tak, nak muntah I dengar suara you!!..huh malas nak melayan. Oklah bye..”  Dia sudah mengatur langkah. Membelakangkan Rosie.
Perempuan itu pula masih menahan rasa. Rosie menggigit bibir bawah, tidak berpuas hati dengan kata-kata lelaki itu.
“Anyway, I Rosie anak Dato’ Mustapa. Jom!! I belanja minum, tanda rasa salah I atas kekasaran tadi. ”
Suara yang kasar tadi kian berubah lembut. sengaja dia memancing hati Amer Ryan. Nak jugak dia lihat tinggi mana ego lelaki itu. Betulkah dia ini digilai ramai?
            “ I rasa…I tak pernah pulak tanya nama you kan?.” Amer Ryan tergelak kecil. Muka Rosie sudah pun merona merah. Malu!!
            Tetapi sejak pertemuan itulah, dan sehingga kini cinta yang terbina masih tetap utuh di jiwa masing-masing.       Walaupun permulaannya amatlah teruk, tetapi akhirnya mereka berdua saling memerlukan antara satu sama lain. Meskipun kini Amer Ryan sudahpun menjadi suami orang, Rosie tetap ingin memilikinya.
Sementara Rosie yang dari tadi memandang lelaki kesayangannya meneruskan  langkah. Tas tangannya yang berwarna coklat itu di letakkan di atas meja.
Amer Ryan masih tidak menoleh. Tetap juga pandangannya tertumpu kearah komputer ribanya. Sedangkan fikirannya sudah melayang entah ke mana. Teringat zaman-zaman dulu.
“you ni kenapa? Tersengih-sengih.” Rosie mencuit sedikit pinggang Amer Ryan. Kelihatan lelaki itu agak terperanjat.
“Kenapa dengan I pulak?.” Amer Ryan menyoal kembali. Tidak sedar akan perlakuannya tadi. Matanya memandang perempuan itu.
“I nak baliklah..” mukanya kelat. Di rentap tas tangannya yang terletak di hadapan Amer Ryan. Lelaki itu hanya memandang tingkah laku wanita kesayangannya. Setelah puas dia memandang,
“you nak pergi mana ni?.”
“ Nak baliklah…nanti I ganggu you pulak.” Rosie menyindir.
“Tadi tu, I tengah fikir tentang kita.”
“Tentang kita? Tentang apa?.” Rosie nampaknya seperti berminat.
“Ye lah, cuba you fikir balik, lepas je I kahwin, you terus hilangkan diri..then kini you ada dihadapan I, and I janji tak kan lepaskan you lagi. I really love you honey.”
Amer Ryan merangkul pinggang Rosie. Kasihnya terasa meluap-luap.
“I Cuma geram, you dah jadi milik…”
“Shhh…I kalau boleh tak nak dengar apa-apa lagi.” Telunjuknya diletakkan di bibir merah Rosie.
Perempuan muda itu hanya mengangguk kecil. Mungkin faham dengan maksud kata-kata Amer Ryan.
            “ Naem, tak syak apa-apa ke, you datang sini? Setelah dia memeluk Rosie, lelaki itu mula bersuara.
            Rosie seolah-olah terlena dipelukkan Amer Ryan. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya yang disandar dari bahu arjunanya.
            “Dia tak ada dekat Kuala Lumpur.”
            “Pergi mana?.” Soalnya lagi.rasa ingin tahu di hatinya membuak-buak.
“Balik kampung katanya.” Rosie meleraikan pelukkannya. Mengatur langkah menuju ke sofa di situ.
Dihempasnya punggung di atas lantai sofa itu. Amer Ryan membututinya jua.
            “Tunang you tu kerja apa?.” Rosie mengerutkan dahi. Hairan. Lelaki itu terlalu bertanya banyak. Terlalu beria-ria ingin tahu mengenai tunangnya. Kenapa?
            “Mekanik” balas Rosie selamba. Tawar.
Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia menjawab soalan itu. Dia yakin selagi dia tidak menjawab soalan lelaki itu, selagi itulah lelaki di sebelahnya ini akan terus bertanya.
            “Mekanik?.”
“Yes..mekanik?.”
Amer Ryan ketawa kecil. Geli hati mendengar pekerjaan Naem.
            “Macam mana lah you boleh tersangkut dengan budak macam tu?.” Tawanya sudah surut.
Disoal lagi kepada Rosie. Aneh, baginya Rosie merupakan perempuan yang memenuhi keperluan lelaki sepertinya, tapi menjadi tunang kepada seorang budak kampung macam Naem?
            “you pernah jumpa Naem?.” Soalan Amer Ryan tidak dijawabnya. Amer Ryan hanya menggeleng.
            “you, kena jumpa Naem, then you sendiri akan jawab soalan you tadi.” Rosie menoleh dan tersenyum kelat.
            “”okey.” Amer Ryan ketawa galak. Wajah Rosie masam mencuka. Marah rasanya bila pekerjaan Naem diperlecehkan Amer Ryan.
            “Bengkel tunang you di mana?.”
“Melaka.”


            Qaira buntu. Entah berapa kali sudah dia berjalan. Sekejap ketepi, sekejap ke tengah. Akalnya runsing. Sekali sekala dia menghampiri Alfin, yang terbujur di atas katilnya.
            Wajah budak semakin pucat. Badannya juga semakin panas. Qaira mencapai semula gagang talifon di sebelahnya. Dia menekan nombor-nombor yang tertera di situ. Wajahnya jelas mempamerkan kerisauan. Air matanya mula menitis satu demi satu.
            “Aku kena buat sesuatu!. Sabar ya sayang, mama nak turun sekejap…sayang jangan pergi mana-mana ya.” Qaira nekad. Dia pantas berlari ke bawah. Langkahnya sengaja dipercepatkan.
            Dia menguak daun pintu, kemudian di sambarnya sehelai selendang yang tersangkut disitu.
Langkahnya makin laju, dia cepat-cepat menyarungkan kain tersebut di atas kepalanya. Kusut, tapi cukup sekadar untuk menutup auratnya.
            Buat pertama kali dia melangkah tanpa keluar keizinan daripada Amer Ryan. Dia berlari menuju ke rumah jirannya.
            “Assalamualaikum.” Suaranya kuat. Dia tidak pasti jirannya itu beragama apa. Cuma yang dia tahu, dia perlu menolong Alfin.
Soal lain dia sudah tidak peduli lagi.
            “Wa’alaikummussalam.’
            “Alhamdulillah.” Detik hati Qaira. Kelihatan seorang perempuan muda keluar dari muka pintu banglo itu.
“Ada apa akak?.” Perempuan muda itu cepat-cepat menghampiri Qaira. Mungkin dia sedar akan kegelisahan yang jelas terpampang di wajah Qaira.
            “Adik, tolong akak. Anak akak demam.” Qaira merayu-rayu. Perempuahn muda itu jelas kelihatan bersimpati dengan nasib Qaira. Dia cepat-cepat menyuruh suaminya menolong Qaira.
            “Di mana anak akak sekarang?.” Lelaki yang berbadan agak gempal itu menyoal.
            Seketika kemudian, Qaira bergegas membawa mereka ke rumahnya. Alfin digendong oleh lelaki itu sehingga ke perut keretanya. Dengan pantas kereta itu meluncur laju ke hospital.

“Sabar ya akak..” perempuan muda itu memenuhi kerusi kosong di sebelah Qaira.
            Dia mengusap-usap belakang Qaira.
“Terima kasih, adik dengan suami sudah menolong akak.” Suara Qaira perlahan.
            “Tak apalah akak, kitakan jiran…hari ni saya dengan abang tolong akak, mana tahu esok-esok akak pulak yang tolong kami.” Perempuan muda itu ramah berbahasa.
Wajahnya sungguh lembut, mampu memberi ketenangan hati jika di tenung lama.
            Qaira hanya tersenyum. Dia begitu bersyukur kerana mempunyai jiran sebaik mereka. Selama ini, dia hanya seperti katak di bawah tempurung sahaja. Dia jarang bergaul dengan jirannya.

“Doktor…macammana dengan Alfin?.”
“Anak puan stabil, Cuma dia perlu ditahan di wad sehari.”
“Anak saya sakit apa doktor?.”
Tanya Qaira cemas.
            “Anak puan, kekurangan air dalam badan.”
Doktor perempuan itu sempat menyedekahkan senyuman buat mereka bertiga. Lalu dia beredar pergi.
            “Kalau dah semuanya baik, kami mintak diri dulu ya akak.  Jirannya melemparkan senyuman.
“Err..er…boleh akak mintak tolong sekali lagi?.” Nafas Qaira terasa tersekat di rongganya. Malu rasanya untuk meminta tolong lagi..tapi hanya jirannya satu-satunya yang dia ada untuk menolong.
“Ada apa akak? Kami berdua sedia menolong.” Suami perempuan muda itu mula bersuara. Ikhlas untuk menolong jiran mereka.
“Boleh sampaikan pesan kepada suami akak?.” Qaira menduga.
“Oh..boleh.”
Ujar perempuan muda itu seraya tersenyum kecil.
“Tolong cakap dekat suami akak Alfin di tahan di wad 2 ya.”
Perempuan itu mengangguk mereka bersalam-salaman dan kemudiannya jirannya itu beredar pergi.


“Sayang…bangunlah, kesian dekat Mak Ucu tunggu Alfin.” Suara Qaira serak-serak basah. Dia bungkam. Resah menambat hatinya. Wajah Alfin ditenung sedalam-dalamnya. Budak lelaki itu kaku. Badannya dipenuhi wayar-wayar kecil. Hati Qaira meronta-ronta. Ingin sahaja dia menjerit. Mungkin dengan cara itu dia akan lebih merasa tenang. Namun fikirannya masih lagi waras. Tidak mungkin dia bertindak gila seperti kata hatinya.
            “Jika aku menjerit..Amer Ryan akan berubah?.”
Hampa rasa hatinya. Amer Ryan tidak mahu menghargai perasaannya. Mengapa? Apa kurangnya?
            “Ya ALLAH, Kau tabahkanlah hati aku ini.”
Doanya perlahan.
            Dia merasa gerun membayangkan wajah bengis Amer Ryan. Perasaan hiba tadi telah hilang, tetapi ada satu perasaan lain pula yang membelit benaknya. Takut!!
            Dia dapat merasa Amer Ryan akan marah-marah nanti. Dua kesalahannya hari ini, pertama keluar tanpa izin dan kedua menyusahkan orang lain. Dia takut…takut kalau Amer Ryan akan pukulnya lagi.
            “Mak Ucu…” Jari-jemari Alfin yang halus menyentuh tapak tangannya menyedarkannya.
“Ada apa sayang?.”
“kenapa Mak Ucu menangis?.” Anak kecil itu kelihatan masih lemah.
            “Alfin kena cepat sembuh. Mak Ucu sunyi kalau tak dengar suara Alfin.” Tulus Qaira mengungkapinya. Diciumnya dahi Alfin. Budak itu seolah-olah dapat merasai penderitaan ibu saudaranya.
Dia tahu Mak Ucunya sunyi. Kerap kali juga dia melihat Mak Ucunya menangis. Mungkin kerana itulah dia tidak nakal seperti budak-budak seusianya.
            “Alfin tidur ya, badan sayang lemah lagi.” Qaira memujuk. Alfin seperti mengerti, matanya dipejamkan sambil telinganya menjamah suara Mak Ucunya yang sedang berselawat ke atas Nabi.

“Qaira!!” amer ryan menggoncang kuat bahu isterinya. Qaira memicit-micit kepalanya yang dirasakan terlalu berat.
            “Dah pukul berapa, abang?.” Qaira bertanya dengan nada kehairanan.
            “6.45 pagi.”
“Hah..!, abang tolong tengokkan Alfin..” amer ryan terpinga-pinga.
“Kau nak pergi mana?.” Amer ryan menarik tangan Qaira dengan kasar. Nada suaranya juga kian berubah. Isterinya itu kelihatan tergesa-gesa.
            “Qaira nak solat subuh, abang..” Qaira dilanda gelisah. Pandangannya di toleh semula ke arah amer ryan. Memohon seribu pengertian dari suaminya.
            “Dah, pergi sekarang.kau lama-lama dekat sini pun, naik meluat aku tengok.”

“Sayang…” amer Ryan menghampiri tubuh kecil budak 3 tahun itu. Kelihatan alfin juga baru tersedar. Amer Ryan mengusap-usap lembut rambut Alfin.
            “Pak Ucu”
            “Ya sayang. Pak Ucu ada dengan sayang.”
Alfin mengukir senyuman buat pak Ucunya.
Lelaki itu menumpukan sepenuh perhatian kepada anak saudaranya. Dia rasa bertanggungjawab apabila kak Nurin memutuskan untuk tinggalkan anaknya, sementara dia pergi ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.
“Pak Ucu sayang Alfin?” soalan itu menyentuh hati lelakinya. Dia tahu dia jarang meluangkan masa bersama Alfin. Pasti budak itu bosan, asyik terperap di rumah sahaja.
“Alfin, Pak Ucu sayang Alfin. Pak Ucu sibuk sayang..sebab tu Pak Ucu tak ada dekat rumah. Mak Ucu kan ada? Macam ni…Pak ucu janji kalau alfin dah sihat Pak Ucu belikan alfin kek coklat. Okey?.” Sebak. Hatinya rasa terluka dengan soalan itu. Dia tahu dia yang salah, tidak pernah nak menunjukkan kasih dan sayangnya kepada Alfin.
Budak kecil itu senyum melebar. Dia mengangguk gembira.
            “Macam ni baru lah nama hero!.” Amer Ryan ketawa. Dia terus memeluk Alfin.
Tanpa dia tahu, sedari tadi lagi Qaira ralit memerhatikan tingkah laku mereka.
            “Mak Ucu..!!.” Teriak Alfin setelah melihat kelibat Mak Ucunya.
Qaira yang masih menyandar di pintu, tidak jua berganjak. Mukanya sudah bertukar merah. Dia tidak dapat menahan lagi.
Perlahan-lahan air jernih itu mengalir keluar dari tubir matanya. Dia yakin busuk-busuk dirinya itu pasti ada juga rasa kasih Amer Ryan buatnya.
Ya, walaupun dia tidak pernah mendengar lelaki itu mengakuinya. Mustahil, kalau suaminya tidak pernah mencintainya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan