1
“Tolonglah jangan paksa Ryan ma, Ryan tak kenal pun siapa Qaira tu. Hanya Rosie yang Ryan cinta. Tolonglah jangan pisahkan kami!.” Untuk kesekian kalinya Amer Ryan mengharap pengertian dari Pn. Alia.
“Cinta? Perempuan yang macam tu kau cakap cinta? Mama tetap tak setuju, mama yakin Qaira mampu berikan Ryan kehidupan yang lebih sempurna. Qaira tu perempuan yang elok pekerti, sejuk mata memandang. Walau apa yang terjadi sekali pun mama tetap nak jodohkan kau dengan dia.”
“Macam mana Ryan nak bahagia? kenal pun tak? Ma, Ryan nak perempuan yang memahami diri Ryan, dan perempuan tu hanyalah Rosie. Tak ada yang lain. Please la ma. Ryan tak kira, Ryan tetap dengan keputusan Ryan. Tak terima perempuan tu!.” Suara Amer Ryan sedikit kasar. Dia menoleh melihat Pn. Alia. Dia rasa geram. Susah untuk dia mengubah keputusan mamanya.
“ Mama dah lama kenal Qaira tu, dia anak yatim piatu. Mama berkenan dengan sikap dia yang ramah tu. Budak Qaira tu pun rajin orangnya. Kau pasti bahagia dengan Qaira, mama yakin dengan itu.”
Rajin? Alahai pasal rajin je jodohkan aku dengan perempuan tu? Mustahil! Pasti perempuan tu dah butakan hati mama. Fikir Amer Ryan sendiri.
“Tapi…”
“Dah! Tak ada tapi-tapi lagi.keputusan mama muktamad. Titik!.”
“ Bagaimana kalau Ryan kata tak setuju?.” Duga Amer Ryan.
“Kalau begitu, kau jangan jumpa mama lagi, anggap sahaja mama sudah mati dengan keputusan kau!.” Pn. Alia mengatur langkah. Amer Ryan telan liur. Derhakakah dia pada ibu yang melahirkannya itu?
Sudah tiga bulan dia berkahwin dengan wanita pilihan mamanya. Hancur! Remuk hatinya tatkala bersanding di atas pelamin dengan pasangan pilihan orang tuanya itu.
Hanya TUHAN yang tahu, betapa dia terluka dengan keputusan mamanya. Qaira? Ya, seorang yang lemah lembut, tapi bukanlah jenis yang dia mahu. Dia hanyalah perempuan kampung!
Sejak perkahwinan itu jugalah dia sudah tidak bertemu Rosie. Mungkin dia benar-benar terluka. Amer Ryan juga ada mendengar khabar, Rosie kini sudah bertunang.
“Rosie perkahwinan ini bukanlah pinta Ryan.” Amer Ryan mendengus perlahan. Sebal dengan sikap Pn. Alia. Langsung tak memahami.
Baru sahaja dua minggu berkahwin, Amer Ryan sudah pun berpindah rumah. Malas untuk dia berpura-pura baik dengan isterinya itu. Mamanya tak tahu, selama perkahwinan itu dia langsung tidak menyentuh isterinya. Tak ada selera!
“ kau ni perempuan jalanan mana yang mama aku kutip hah? Dasar perempuan keji, hina.. jijik aku nak pandang kau tau!.” Kata-kata itulah yang meluncur dari mulutnya pada malam pertama mereka. Dia hanya melihat perempuan itu menangis. Puas hati!
Amer Ryan masih bermenung. Terlalu banyak kenangan lama yang membunuh masa depannya. Dia benci Qaira. Bagiya, perempuan itulah yang menghancurkan impiannya untuk bahagia bersama Rosie.
Dia menoleh melihat jam di dinding, sudah hampir pukul 6 petang. Ahh..malas untuk dia pulang ke rumah. Tak ada apa!
Yang hanya Qaira..Qaira …dan Qaira juga. Bosan!
Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia tidur di pejabat itu. Mujurlah ada Alfin, anak buahnya itu. Kalau tidak alamatnya memang tak pulang ke rumahlah dia.
Kak Nurin sengaja tinggalkan Alfin di rumah mereka. Katanya malas nak bawak Alfin jalan jauh. Tokyo, bukan dekat dengan Malaysia. Berjam-jam jugak ambil masa untuk sampai. Jadi Amer Ryan mengambil kata putus untuk menjaga anak buahnya untuk seketika. Nurin pergi tidak lama, cuma 4 bulan. Itupun kerana abang Hafiz, abang iparnya harus menyelesaikan hal penting di sana.
Lagipun budak itu bukannya susah untuk dijaga. Baru sahaja berumur 3 tahun. Tidak tahu apa-apa lagi tentang kehidupan apatah lagi perkahwinan. Jadi mudahlah untuk Amer Ryan melayan Qaira dengan caranya. Tanpa Amer Ryan sedar, dia menguntum senyuman.
HUJAN MASIH BELUM BERHENTI, guruh di langit masih jua kedengaran. Perlahan-lahan Qaira menutup jendela yang dibiarkan ternganga sebentar tadi. Qaira jua sempat menjengah kepalanya sedikit. “Ahh…belum pulang lagi !” Detik hati Qaira.
Jam telahpun menunjukkan pukul 2.00 pagi. Namun Qaira masih tidak berpeluang untuk melelapkan matanya. Bukannya dia tidak terasa mengantuk, bahkan sudah beberapa kali dia terlelap. Namun dia masih cuba membulatkan bola matanya.
Semuanya gara-gara peristiwa minggu lepas, waktu itu Qaira terlelap. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak menghiraukan perasaan mengantuk itu.
Tapi, badannya yang terasa begitu penat memaksanya untuk terlelap. Qaira langsung tidak menyedari, waktu bila Amer Ryan pulang. Yang pasti, suaminya itu sangat marah. Waktu dia membuka daun pintu rumah banglo itu, Amer Ryan cepat-cepat melangkah masuk. Dia lantas menarik tangan Qaira. Kuat.
“ Kenapa kau lembap sangat?!!!..” Lantang suara Amer Ryan menempik perempuan di hadapannya itu.
“Kau tahu tak aku penat..!?” Amer Ryan menolak sedikit kepala Qaira. Namun, isterinya itu hanya membisu. Diam seribu bahasa.
“ Qaira, terlelap sekejap..” Balas Qaira terketar-ketar.
“ Kau ni memang tak kenang budi..perempuan hina. Aku benci kau!!!..” Bentak Amer Ryan. Tiba-tiba……
“Abang..!!!”
Qaira telah jatuh terjelupok di lantai. Dia tidak menduga Amer Ryan sanggup menolaknya. Lelaki itu kelihatan berlalu pergi sambil menjeling tajam kearahnya. Tidak sedikitpun perasaan bersalah hadir di jiwanya. Tidak punya hatikah dia?
“Qaira..!!” Suara Amer Ryan keras. Sekaligus, mematikan terus peristiwa ngeri itu. Qaira bergegas menuju kearah pintu. Cepat-cepat dia menguak daun pintu, dan mencapai briefcase yang dihulurkan oleh Amer Ryan.
Qaira hanya membuntuti langkah Amer Ryan.
“ Alfin dah tidur?” Amer Ryan bernada lembut. Dia menguak pintu bilik, kemudian menghempaskan punggungnya di atas tilam di sebelahnya.
“ Sudah abang..” Qaira membetulkan duduknya di sebelah Amer Ryan. Sebentar tadi dia terus melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya setelah meletakkan briefcase di atas meja.
“ABANG..” cepat Qaira mengatur langkahnya. Dia mula berlari anak, setelah menyedari perubahan mimik wajah Amer Ryan.
Dia sangat memahami sikap suaminya itu. Panas baran. Langsung tidak kenal erti sabar. Kadang-kadang geram juga dibuatnya. Jika Qaira asyik melambatkan langkahnya, alamatnya wasalam la dia sekejap lagi.
“ Qaira, nak apa?” tegas Amer Ryan.
“ Abang, Qaira nak minta duit belanja dapur…boleh?” Lambat-lambat perkataan akhir itu keluar dari bibir mungilnya. Dihati hanya ALLAH yang tahu, bergolak bagai nak gila. Takut kalau-kalau lelaki itu mengamuk lagi. Amer Ryan memandangnya tajam.
“ Duit lagi?..” Bentak Amer Ryan perlahan. Antara dengar dan tidak. Buat seketika , Qaira hanya terdiam di sebelahnya. Takut. Sebentar kemudian, Amer Ryan menghulurkan sejumlah wang kepada Qaira.
“ Kau kena berjimat..jangan asyik nak membazir sahaja” Ada perubahan pada nada suara lelaki itu.
“ Apa hal kau call aku?..panik semacam sahaja aku dengar..” Johan menarik kerusi dihadapannya. Anak matanya masih tidak berganjak. Tetap memandang seraut wajah didepannya itu. Mungkin masih menanti jawapan kepada soalannya tadi.
“Hanz..kau nak minum apa?”
“It’s ok, aku dah lunch dengan Niza tadi..” Johan menolak perlawaan sahabatnya itu.
Perutnya masih lagi terasa kenyang. Dia sempat tersenyum sendiri, apabila teringat peristiwa waktu lunch tadi.
Niza, tunangnya tersilap meneguk minumannya. Dia hanya membiarkan tunangnya itu, apabila Niza menyedarinya tersipu-sipu dia malu. Habis merona merah mukanya.
“ Kau ni apa hal mudi sahaja aku tengok?” Johan bertanya dengan nada menyindir. Suasana diam seketika. Kelihatan Amer Ryan menarik gelas yang berisi orange juice itu menghampirinya. Disedutnya beberapa kali. Kemudian ditolaknya semula ke tempat asal.
“ Actually..aku rasa aku dah fall in love with someone….”
“ Fall in love?!!...with your wife?” kalut Johan meneka. Dia masih berlagak bodoh.
Sebenarnya, dia sudah dapat meneka sahabatnya itu tidak pernah lari dari masalah cinta. Ryan….Ryan….kau memang lemah. Johan tergelak sendiri.
Kadang-kadang dia sendiri tidak faham dengan perangai temannya itu. Sudah bergelar suami orang tetapi masih lagi terkejar-kejar cinta lama.
Kononnya isterinya kini anak luar nikah la..itulah..inilah….seribu satu alasan yang diberikan, jika nama Qaira dikenengkan dengannya. Huh…susah betul nak faham!!
“Aku serius la Hanz….”
“Ok..ok..i’m just joking.
“Cepat bagi tahu aku..siapalah agaknya perempuan malang itu.” Johan terkekeh-kekeh menahan tawa. Minuman sepupunya disedut sedikit. Buat basah tekak yang mulai terasa kering.
“Rosie..”
“What?!!!..kau gila ke apa?..Rosie itu sudah jadi tunangan orang.
“Jangan kerana kemaruk cinta bodoh kau itu..sampai kau nak terlupa dosa, pahala..mengucap Amer..ingatlah ALLAH” Suara johan makin berubah. Terperanjat dia dengan pengakuan bodoh itu. Semuanya gila. Amer Ryan sudah melampau. Sudahlah dosa dengan isterinya, Qaira tidak terhitung kiranya..ini pulak nak ditambah lagi dosa merampas tunangan orang. Tak takut neraka ke??
“BETUL NI YOU nak datang?”
“ Laa…betul la..I tak main-main lah” Suara di hujung talian itu, bersungguh-sungguh menyakinkan Qaira. Sekali sekala suaranya tidak berapa jelas kedengaran.
“ Qaira..anak you cute la…”
“ Bukan anak I…”
Qaira menghadiahi sekuntum senyuman buat sahabatnya itu. Teman yang dikenalinya sewaktu di bangku sekolah dahulu.
Hubungan mereka tidaklah seakrab mana, Cuma sekadar teman seperjuangan satu ketika dahulu. Lagi pula pangkat dan darjat mereka jauh berbeza. Mungkin kerana itu juga, bagai ada jurang di antara mereka berdua.
Tapi sejak akhir-akhir ini sahabatnya itu selalu datang menjenguknya. Entahlah….rindukah??
Qaira menatang perlahan-lahan dulang yang berisi air di tangannya. Sebentar kemudian kedengaran deruman enjin kereta dimatikan di halaman rumah.
“ you tunggu sebentar..i nak tengok siapa yang datang.” Qaira mula beredar pergi.
“Abang???....awal pulang” Qaira rasa hairan.
Tetapi seboleh mungkin dia cuba menyembunyikan perasaan itu.
“Aku tertinggal fail biru aku..” Amer Ryan menjawab tegas.
“Kau ada tetamu ke? Siapa?”
“Kawan masa dekat sekolah dahulu..” Sebaik mendengar jawapan tersebut, Amer Ryan melangkah perlahan sambil diekori Qaira dibelakangnya
“Abang letak fail itu dekat mana? Biar Qaira ambilkan.”Lembut sahaja bicara wanita itu.
Dia tidak pernah meninggikan suara terhadap suaminya. Meskipun layanan Amer Ryan tidaklah sebagaimana yang dia harapkan, namun jauh disudut kecil hatinya dia yakin suaminya akan berubah.
Qaira tidak pernah berputus asa demi menawan hati suaminya itu. Dia sedar perkahwinan mereka adalah sebuah keterpaksaan buat lelaki itu. Dia redha andai inilah takdir dia.
“ Rosie!!!”
“ Ryan.!!”
Mata mereka saling berpandangan.
“You buat apa dekat sini?” Rosie terus bertanya hairan.
Tidak dia sangka akan bertemu pujaan hatinya itu di sini. Di rumah sahabat lamanya pulak tu. Hairan bin ajaib. Kebetulan apakah yang sedang dia rasai ini… Amer Ryan lelaki yang dahulu kala menjadi romeonya…manakala..Qaira….teman lama dia juga.
Cuma yang membezakanya Qaira dikenalinya sewaktu berumur belasan tahun..dan sudah bertahun-tahun mereka tidak berjumpa.
Tetapi lelaki itu baru sahaja dia berjumpa beberapa hari lalu…itupun setelah mereka dipisahkan oleh orang tua masing-masing beberapa bulan lalu. Haa….cinta lama berputik lagikah???
“Jangan-jangan……” Rosie merenung bekas kekasihnya itu. Kemudian dia bangun dari duduknya dan mencapai tas tangannya di atas meja.
“Abang fail ini ke yang abang maksudkan?” Qaira menghampiri Amer Ryan seraya menghulurkan fail berwarna biru ditangannya.
“ Rosie, kenalkan ini husband I…”
“ husband you??..” Antara ingin percaya atau tidak, Rosie silih ganti memandang kedua-dua pasangan itu. Sekejap menoleh kearah Amer Ryan dan sekejap pula kearah Qaira Aleesa.
Masih sukar untuk dia menerima semua ini. Qaira Aleesa.. rupanya kaulah perampas kekasih aku!!!. Dalam diam Rosie mengetap bibirnya. Marah.
“Yang you berdiri ni kenapa? Kita belum lagi habis berborak.” Qaira rasa hairan.
“em..I rasa tak sedap badan la, I ingat nak minta diri dulu la.” Rosie berbohong. Dia sempat mengerling kearah Amer Ryan. Lelaki itu hanya tertunduk.
“ Tapi..you kan datang dengan Naem tadi…”
“ Biar I yang hantar you balik.”
Tiba-tiba sahaja Amer Ryan mencelah. Wajahnya menggendong seribu harapan. Qaira yang berada disisi seolah- seolah hilang buat seketika.
Yang paling penting sekarang adalah hati Rosie. Wanita pujaan hatinya sejak dari zaman kolej lagi. Kala ini, dia begitu berharap agar perempuan itu memberikan jawapan yang boleh menyenangkan hatinya.
“You tinggal dekat mana?” Amer Ryan menatap wajah yang dirinduinya itu. Qaira hanya mampu mengukirkan senyuman. Langsung tidak terlintas perkara yang bukan-bukan di mindanya. Tapi, jauh disudut hati..ada satu perasaan yang begitu menusuk tangkai hatinya. Pedih.
“tak apalah Rosie, kalau you tumpang kereta husband I..hati I akan jadi lebih senang.” Qaira lembut menuturkan katanya, penuh berbahasa.
Rosie hanya memandang Qaira. Amer Ryan juga turut memandang.
“Jom!!...” Amer Ryan menoleh kearah Rosie sambil melemparkan senyuman. Kemudian melangkah keluar dari banglonya.
“ I tak sangka you tipu I…” Rosie bernada kesal.
“Tipu? Bila masa pulak I tipu you, sayang?” Amer Ryan berpura-pura bodoh. Tidak memahami kata-kata Rosie.
“ Qaira Aleesa is my friend Ryan…kenapa you tak pernah nak bagi tahu I pun pasal ini?” Mimik muka Rosie jelas menunjukkan dia tidak berpuas hati.
“Today, entahlah angin taufan mana datang, I tergerak hati nak pergi rumah Qaira…emm…kalau tak sampai mati pun I tak akan tahu yang you ni actually dah berkahwin dengan kawan I..Oh…jadi Qaira Aleesa sebenarnya yang buat hati orang tua you tak nak terima I, hairan I,..apa sangat kelebihan dia? Setahu I dia itu hanyalah anak pungut sahaja “ Suaranya sedikit merajuk, meski rasa marah di hati masih menggunung.
Amer Ryan memperlahankan bunyi kaset yang sedia perlahan.
“Sayang, I baru je jumpa you, lagipun I sendiri pun tak tahu Qaira itu kawan you. Ala, you tak payahlah nak risau pasal I..pada I, dia itu langsung tak menggugat nafsu I..buktinya I tak pernah sentuh dia pun..lagipun I pun jijik nak sentuh dia..eeiii… asal usul pun tidak diketahui. Entahkan baik entahkan tidak.” Ujarnya panjang lebar.
Mimik muka Amer Ryan seolah-olah ingin muntah.
Amer Ryan tersengih-sengih, seraya menjeling manja ke arah Rosie.
Kemudian Amer Ryan melihat di sekeliling jalan raya. Lengang. Hanya beberapa buah kenderaan sahaja yang melalui jalan itu. Memang dia sengaja menghentikan kereta di sisi jalan itu.
Hakikatnya memang dia ingin meluangkan sedikit masanya bersama Rosie. Nasib baiklah, perempuan di sebelahnya itu tidak banyak bertanya.
“Sampai hati ke you nak marah I?” Amer Ryan memandang tepat kearah Rosie. Ditenungnya anak mata Rosie sedalam mungkin, sambil mengharapkan seribu pengertian dari wanita itu.
“ Habis, you nak I buat apa? Sembah sujud you?..ke you nak I ucapkan tahniah sebab berjaya mengawal nafsu you?..eh lelaki semua sama sahaja lah, sekarang maybe you tak nak..esok…lusa…siapa tahu…” Rosie mendengus geram. Dia menjegilkan matanya tatkala menoleh memandang Amer Ryan.
“ I sayang you sangat-sangat…tapi you malah tinggalkan I…waktu you menikah hari tu, I rasa macam dunia I dah terbalik..kosong!”Suara wanita itu mulai kendur.
Sakit hatinya bila mengenangkan Amer Ryan dirampas orang lain. Aku bencikan kau Qaira Aleesa..bisik hati Rosie.
“Rosie..I know that…I pun turut rasa sedih bila mama I cakap dia dah cari calon isteri untuk I..tapi apa I boleh buat, I dah cuba suruh mama putuskan pertunangan tersebut…tapi mama kata kalau I putuskan pertunangan tu..maksudnya I bukanlah anak dia lagi…”
“Mama you ni pun satu…”
“Rosie, you jangan nak salahkan mama I ok…I know mama I buat semua ni untuk kebaikkan I juga.”
“So, you nak cakap semua ni salah I lah??” Rosie menduga. Dia mengetap bibir bawahnya. Geram.
“Salah you jugak, ada pulak waktu jumpa mama I..you pakai skirt..dah tentulah dia tak berkenan.” Suara Amer Ryan keras.
Rasa marah tiba-tiba hadir tatkala mamanya dipersalahkan dalam takdir mereka.
“OK…fine..salah I.” Rosie mendakap diri. Amer Ryan hanya memerhati.
“I’m sory..but please stop talking about this…” Kepala Amer Ryan terasa begitu bernanar. Tapi serentak itu juga tangannya mula menjalar dipaha wanita berkulit gebu itu.
Sebentar kemudian tangan itu galak meniti butang-butang kecil di kemeja Rosie pula.
“ Apa ni?”
“You tak cintakan I ke?” Amer Ryan mencebik.
“ Cinta? Ohh kalau I cinta..I kena serahkan segala-galanya pada you? Begitu?..” Rosie menduga.
“It’s OK, I bukan nak paksa you pun. Niat I tulus, I Cuma nak tunjukkan cinta I pada you..”
“ Darling, you betul-betul nak tunjukkan yang you ini bersungguh-sungguh cintakan I?”
“ Kalau macam itu, you ceraikan Qaira Aleesa.”Amer Ryan menelan liur.
BUKU CERITA ITU DITUTUP RAPAT. Nipis. Qaira tersenyum sendirian. Lama dia merenung Alfin. Budak itu langsung tidak pernah membantah kata-katanya.
Baik saja tingkah lakunya. Masih segar lagi, kali pertama dia berjumpa Alfin sewaktu majlis akad nikahnya dengan Amer Ryan.Terlompat-lompat memanggil namanya Mak Ucu. Huh!...Amer Ryan…!!!. Senyuman di bibir Qaira kian pudar. Dia rasa sunyi. Tidak fahamkah suaminya tentang penderitaan yang ditanggungnya?
Jauh di sudut hatinya, teringin juga dia mempunyai anak dengan suaminya itu. Tapi..macam mana nak ada anak, kalau dah bersentuhan pun tidak. Apa kurang aku? Aku tidak cantik? ALLAH Maha Besar!
Itu pemberian ALLAH, siapalah aku untuk mempersoalkannya. Tetapi dari sudut lain, makan, minum, pakaiannya seingat aku semunya aku jaga rapi. Qaira mendengus kecil. Bingung dia memikirkan Amer Ryan. Ahh…sudahlah!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan